ROGER Federer aims to come back with a vengeance next year and regain his World No 1 ranking besides breaking Pete Sampras' grand slam record of 14 singles titles.
"It has been a difficult season this year. It was gruelling as the focus was on the Beijing Olympic Games. However, next year would be better and I'm looking forward to it," said Federer in a press conference at a leading hotel in Kuala Lumpur yesterday.
"Of course my target is to regain the World No 1 ranking and win more grand slam titles than Sampras. I think it goes hand-in-hand in terms of achieving both targets next year."
Federer, a 13-time grand slam champion, has endured a difficult year, losing the top spot (in August) after 237 weeks and his five-year Wimbledon (July) streak to Spaniard Rafael Nadal.
"What I need to do is to take a good rest and plan things for next year. I need to prepare well and I believe I will get better," the Swiss World No 2 added.
"I need to get things in order right from the Australian Open next year. A great start would boost my confidence but it will be a tough tournament as others will also be gunning for a good start too."
On losing his Wimbledon title to Nadal, Federer said the event is very special to him and it will be great to either equal or break Sampras' grand slam record at the event next year.
"I love Wimbledon. It's every players' dream to win it. I've been there since I was a junior and I am honoured to have won it five times. It's one of my main goals for next year," said the 27-year-old Federer, who supports his hometown football club FC Basel.
When asked about life after tennis, Federer said he would probably continue being involved in the sport. "I will contribute to tennis when I hang up my racquet. I don't know in what way yet but it's the likely possibility. But I'm not thinking about retirement just yet as I still have many more years in the sport."
Federer, who won a gold medal in the doubles in the Beijing Olympics, is winding down his year with an exhibition billed the 'Showdown of Champions' which also involves US duo James Blake and John McEnroe, and Sweden's Bjorn Borg, at Stadium Putra in Bukit Jalil today.
The format will see one set played between Borg and McEnroe followed by another featuring Federer and Blake. This will be followed by a one-set doubles match pitting Federer and Borg against the Americans.
"This will be a very special event for me. Blake is a very good friend of mine and then there are McEnroe and Borg, who I have never played with before. I'm very excited to spend time with them," he added.
Last year, Federer thrilled the Malaysian fans when he played Sampras in front of packed stadium in Shah Alam.
Today's programme starts at 7.30pm.
---
Kosmo!
Federer minat Wimbledon
"SAYA lebih berminat untuk menambah koleksi Wimbledon daripada merampas semula kedudukan sebagai pemain No. 1 dunia."
Demikian pengakuan bintang tenis Switzerland, Roger Federer pada sidang media sempena Pertembungan antara Juara-Juara 2008 di ibu negara semalam.
Menurut pemain No.2 dunia itu, perasaan meraih kemenangan menerusi kejohanan tersebut tidak dapat digambarkan kerana ia terlalu istimewa buat dirinya.
"Wimbledon merupakan satu kejohanan yang sangat istimewa. Tiada kejohanan lain yang setanding dengannya.
"Sememangnya saya berhasrat untuk memadam rekod 14 gelaran Grand Slam milik Pete Sampras dan merampas semula kedudukan sebagai pemain utama dunia.
"Begitupun, sekiranya saya diberi pilihan, saya lebih berminat untuk menambah koleksi Wimbledon," kata Federer.
Perlawanan Pertembungan antara Juara-Juara 2008 kali ini turut mempamerkan aksi dua pemain legenda, John McEnroe dan Bjorn Borg selain James Blake.
Pada perlawanan tersebut, Federer akan berdepan Blake manakala Borg dan McEnroe akan bertemu sesama sendiri.
Mereka kemudiannya akan beraksi dalam acara beregu dengan Federer dan Borg akan bergandingan menentang McEnroe dan Blake.
"Ia akan menjadi satu perlawanan yang hebat bagi peminat-peminat sukan tenis di Malaysia yang mana mereka akan menjadi saksi pertembungan dua generasi.
"Pemain generasi masa kini beraksi dengan pantas dan mereka membuat pukulan yang bertenaga berbanding zaman saya.
"Jadi, kami amat berharap ia dapat menarik lebih ramai penonton untuk menyaksikan pertembungan ini," ujar McEnroe.
Sementara itu, peminat tenis negara juga akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan apabila hadir menyaksikan perlawanan itu di mana seorang peminat bertuah berpeluang memandu pulang sebuah kereta Proton Saga Neo.
Selain dihiburkan dengan kemahiran menakjubkan pemain tenis bertaraf dunia, peminat juga bakal disajikan persembahan tiga artis negara, Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Ella.
Perlawanan bersejarah ini akan berlangsung Stadium Putra di Bukit Jalil malam ini.
---
Utusan Malaysia
Blake hadapi Federer tanpa strategi
KUALA LUMPUR - Pemain nombor 10 dunia, James Blake dari Amerika Syarikat tidak akan mengatur strategi tertentu untuk mengulangi kemenangan mengejutnya ke atas pemenang 13 gelaran Grand Slam, Roger Federer seperti Sukan Olimpik lalu apabila mereka bertembung dalam Pertarungan Juara-Juara (SOC) Kuala Lumpur 2008, malam ini, lapor ABDUL HAFIZ AHMAD.
Anak jati Yonkers, New York berusia 29 tahun ini cuma menjanjikan permainan tenis terbaiknya ke atas juara Wimbledon lima kali dari Switzerland itu walaupun mereka bertarung dalam gelanggang tertutup Stadium Putra, Bukit Jalil berbanding 10 pertemuan lalu di gelanggang keras termasuk ketika Olimpik Beijing, Ogos lalu.
"Kemenangan di Beijing itu hanya berlaku begitu sahaja. Saya gembira ia menjadi apatah lagi pertarungan tersebut begitu getir dan menjadi kemenangan pertama saya selepas kerap kalah dengannya (lapan kali)," kata Blake yang mengumpul 10 gelaran sepanjang karier sejak 1999 pada sidang akhbar SOC di Hotel Mandarin Oriental di sini, semalam.
Blake bakal mencabar Federer yang menarik diri daripada Piala Masters di China, empat hari lalu, dalam perlawanan kedua SOC di Bukit Jalil selepas pertembungan dua legenda, Bjorn Borg dari Sweden dengan John McEnroe sebelum Federer-Borg bergandingan menentang dua pemain Amerika itu dalam perlawanan beregu.
Kali terakhir Federer mengatasi Blake ialah dalam suku akhir Terbuka Australia tahun ini, 7-5, 7-6(5), 6-4 manakala pertembungan terakhir jagoan era 80-an antara Borg-McEnroe berlangsung pada perlawanan akhir Terbuka Amerika 1981 di New York yang dimenangi pemain Amerika itu, 4-6, 6-2, 6-4, 6-3.
Sementara itu Federer tidak sabar-sabar untuk kembali beraksi di bumi Malaysia selepas menentang Pete Sampras di Shah Alam dalam 'Pertembungan Masa', November tahun lalu apatah lagi setelah diberikan peluang bersemuka dengan dua lagi jagoan silam seperti Borg dan McEnroe selain pencabar semasa, Blake.
"Keadaan belakang dan perut saya yang sakit sejak Piala Master sudah semakin baik berbanding 10 hari lalu. Alangkah bagus dapat bermain kembali di sini, menentang Borg yang tidak pernah berlaku dalam sebarang perlawanan pertunjukan," katanya yang memenangi pingat emas beregu lelaki Olimpik Beijing dengan rakan senegara, Stanislas Wawrinka.
McEnroe, 49, penyandang tujuh Grand Slam dan juara Wimbledon tiga kali pula berharap perjalanannya yang panjang ke negara ini dapat dibalas dengan aksi tenis yang menghiburkan peminat sambil secara berseloroh, bersedia menjanjikan adegan kontroversi yang menjadikannya terkenal apabila suka mempertikaikan keputusan pengadil.
"Bermain jauh dari Amerika sudah tentu mengujakan saya dan hebat. Saya masih bertenaga untuk memberikan yang terbaik. Perlawanan ini pasti menakjubkan dan mungkin ada kenangan Terbuka Amerika atau Wimbledon lalu yang mampu diulangi," kata pemain kidal ini yang mempunyai rekod 7-7 dengan Borg, bekas pemain utama dunia dari 1977 hingga 1981.
Ditanya perlawanan terhebat sesama mereka, kata Borg, 52,: "Sukar untuk menentukan yang mana tetapi mungkin perlawanan akhir Wimbledon 1980 (dimenanginya 1-6, 7-5, 6-3, 6-7, 8-6), manakala yang lain sentiasa getir dan menarik," sebelum disampuk McEnroe dengan gelak ketawa hadirin: "Saya rasa dia tidak mahu mengingati perlawanan akhir Wimbledon 1981 kerana saya yang menewaskannya."
"Saya pernah datang ke Malaysia. Saya diberitahu ketika Federer datang tahun lalu, kejayaan penganjurannya cukup besar. Saya harap anda akan menikmatinya lagi dengan saya kali ini. Saya sudah tidak sabar, kalau boleh saya mahu bermain malam ini juga (semalam)," katanya.
---
Harian Metro
Federer buru No 1
Oleh Nor Faizah Mohamed
faizah@hmetro.com.my
RANKING selaku pemain nombor satu dunia menjadi sasaran utama Roger Federer, musim depan berbanding menyaingi rekod kejuaraan Grand Slam milik legenda tenis, Pete Sampras.
Dengan hanya kekurangan satu kejuaraan untuk menyamai 14 gelaran Grand Slam milik Sampras, Federer sebaliknya mahu memberi tumpuan dalam memperoleh semula ranking pertama dunia yang dipegangnya selama 237 minggu berturut-turut sebelum dirampas pemain Sepanyol, Rafael Nadal sejak 18 Ogos lalu.
“Antara ranking pertama dunia dan rekod Pete Sampras, saya lebih suka menjadi pemain nombor satu dunia.
“Tapi, perkara pertama yang mahu saya lakukan ialah berehat secukupnya selepas mengharungi musim 2008 yang panjang dan sukar.
“Saya tidak mahu tergesa-gesa, lakukannya satu persatu dan berusaha kembali ke ranking pertama dunia.
“Majoriti pemain mahukan perkara yang sama, jadi ia tidak pernah mudah.
“Tapi dengan jadual yang lebih teratur pada musim depan, saya yakin dapat meraih semula kedudukan itu,” katanya pada sidang media menjelang perlawanan pertunjukan “Showdown of Champions 2008,” semalam.
Pemain kelahiran Basel, Switzerland, itu juga mengakui kecederaan berulang menjadi punca kepada aksi hambarnya sepanjang musim ini.
Federer, yang memulakan musim 2008 dengan demam kelenjar dan mengakhirinya dengan kecederaan belakang serta jangkitan virus di perut di Piala Masters, Shanghai, minggu lalu, menyuarakan rasa positif mengenai prestasinya menjelang musim ke-11 dalam karier profesionalnya.
Tambahnya: “Ya, saya masih sakit di belakang selepas minggu lalu. Malah, saya mengharungi musim ini dengan beberapa kecederaan.
“Tapi, proses pemulihannya berterusan dan yang penting, saya memerlukan rehat secukupnya.”
Mengenai aksinya dalam “Showdown of Champions 2008” yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, mulai jam 7.30 malam ini, Federer nyata teruja bermain di depan peminat Malaysia selepas tampil kali pertama, tahun lalu.
“Saya menjangkakan perlawanan menarik dengan James (Blake), juga acara beregu bersama (Bjorn) Borg. Ia sesuatu yang lain daripada lain,” katanya.
Bagi edisi kali ini, Federer dijadual beraksi dalam satu set bersama Blake selepas perlawanan pembukaan satu set antara Borg dan John McEnroe.
Federer kemudiannya bergandingan dengan Borg menentang Blake-McEnroe.
Tambah menghangatkan perlawanan ini, penganjur-LD Sports Sdn Berhad, dengan kerjasama Proton Holdings Bhd, menjanjikan sebuah Satria Neo buat penonton bertuah.