KENYATAAN AKHBAR
Isnin, 19 September, 2011- Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) ingin menjelaskan keadaan sebenar berikutan beberapa siri artikel yang tersiar dalam akhbar Berita Harian yang boleh dianggap berat sebelah dan diselang-seli dengan penulisan separuh benar.
Merujuk kepada tulisan saudara Hussain Said di bawah tajuk “Apa agenda tersembunyi LTAM?” dalam Berita Minggu bertarikh 18 September 2011, saya menegaskan bahawa agenda LTAM hanya satu – pembangunan tenis secara ikhlas dan telus.
Dalam artikel itu, saudara Hussain menganggap atlit teraniaya dengan tindakan LTAM membatalkan penyertaan skuad negara untuk temasya Sukan SEA di Palembang, November depan. Adalah menjadi polisi LTAM penyertaan skuad Negara untuk temasya Sukan SEA berteraskan kebolehan memenangi pingat, bukan dari aspek pendedahan sahaja. Apa gunanya pendedahan kalau tiada mata ranking?

